feed rss2

logo_astro_liga_super_malaysia_2012.jpg

Sabtu, 28 Jan 2012
Stadium Hang Jebat, Melaka
8:45 Malam

Perak bakal bertandang ke Stadium Hang Jebat, Melaka untuk perlawanan kelima Liga Super menentang pasukan tangga ketujuh, Felda United. Ini merupakan perlawanan penting bagi pasukan Perak untuk memburu kemenangan ketiga berturut-turut.

Felda United yang mempamerkan aksi memberansangkan selepas berjaya mengejutkan Selangor 1-0 pada 17 Januari lalu memberi amaran bahawa mereka bukanlah pasukan yang boleh dipandang rendah. Pun begitu, pada perlawanan lalu menentang N.Sembilan di Paroi, Felda tewas tipis 1-0 merencatkan impian mereka untuk mengekalkan rentak kemenangan. Manakala Perak masih segar dengan kemenangan tipis ke atas Johor FC bangkit daripada kekalahan 0-1 kepada Selangor dalam dua perlawanan sebelumnya.

Berdasarkan rekod pertemuan, Felda United dan Perak hanya dua kali bertemu sebelum ini dalam saingan Liga Super 2011 yang mana Perak hanya menang tipis 1-0 dalam kedua-dua perlawanan. Barisan serangan Perak masih menjadi tumpuan di dalam perlawanan ini kerana penyudah yang diharapkan masih belum dapat dikekalkan secara konsisten. Sekali lagi penyerang import Lazar Popovic bakal menjadi tumpuan. Kegagalan Popovic menemui sentuhan gol pada perlawanan ini bakal memberikan tekanan kepada beliau kerana Perak kini dikatakan dalam usaha memburu penyerang import baharu, andaikata Popovic gagal menyinar.

Teruskan Membaca »

logo_astro_liga_super_malaysia_2012.jpg

Sabtu, 21 Jan 2012
Stadium JCorp, Pasir Gudang
8:45 Malam

Johor Fc 0 - 1 Perak

Gol kemenangan hasil jaringan Shahrul Kalam dalam suku terakhir perlawanan.

logo_astro_liga_super_malaysia_2012.jpg

Sabtu, 21 Jan 2012
Stadium JCorp Pasir Gudang
8:45 Malam

“If You Know Yourself But Not The Enemy, For Every Victory Gained You Will Also Suffer a Defeat.” -Sun Tzu-

Perlawanan Ke 4 Perak dijadualkan akan menentang Johor FC di Pasir Gudang. Ini merupakan perlawanan kedua Perak di laman lawan.

Setelah berjaya mendapatkan kemenangan kedua setelah dikecewakan Selangor 0-1 tempohari, Haji Norizan Bakar dilihat bakal merencana ramuan baru untuk tundukkan lawan seterusnya di tempat lawan Sabtu nanti. Johor FC bukan pasukan yang konsisten. Buktinya mereka dilihat masih tercari-cari rentak di mana mereka hanya menang satu daripada tiga perlawanan sebelum ini.

Teruskan Membaca »

logo_astro_liga_super_malaysia_2012.jpg

Selasa, 17 Jan 2012
Stadium Perak, Ipoh
8:45 Malam

Perak 2 - 1 Negeri Sembilan

Akmal Rizal Rakhli akhirnya berjaya mendapatkan sentuhan golnya dengan meledakkan dua gol untuk memastikan Skuad Jang pulang hampa semalam.

Segala tampak berjalan seperti dirancang seawal sepak mula, biarpun sebenarnya gusar dengan prestasi semasa Negeri Sembilan yang sudah berada di landasan terbaik setelah pemain importnya sudah mula menunjukkan keserasian dalam perlawanan-perlawanan sebelum ini. Berbeza dengan Perak yang masih tercari-cari ’siapa penyerang import sebenarnya?’. Teruskan Membaca »

Next »

UA-2755250-1[Valid CCL]